Wednesday 9 May 2012

Manusia Si Penghukum

1. Manusia ni, dari perspektif zaman sekarang, sangat mudah menghukum sesuatu. Benda yang nampak salah, terus dihukum.

2. Perkara2 yang kita nampak salah, sepatutnya dikaji dan disiasat latar belakangnya. Kita tak layak menghukum sesama manusia sewenang-wenangnya.

3. Kalau kita memang jenis suka menghukum manusia, atas logik apa kita mahu tegakkan hukum Tuhan?

4. Sedangkan hukum Tuhan itu pun, jika dikaji dengan teliti, perlaksanaannya sangat ketat. Setiap hukuman akan memastikan si pesalah dihukum seadil-adilnya.

5. Sifat buruk kita yang suka menghukum ini, wajar ditapis sebaik-baiknya oleh setiap individu. Muslim atau non Muslim. Ia menampakkan kita sebagai seorang yang lemah daya pemikiran.

6. Dan sifat buruk ini dilihat agak berleluasa. Dari sebesar2 perkara ke sekecil2 perbuatan harian.

7. Tidak perlu ambil contoh isu politik dan lain-lain. Lihat saja pada perkara sekecil dunia bola sepak.

8. Jaringan seorang pemain yang tidak pasti melepasi garisan atau tidak, dilihat oleh seorang pengadil perlawanan pada waktu itu sebagai satu jaringan.

9. Tugas seorang pengadil untuk mengadili perlawanan dengan adil. Tapi seorang manusia yang mencari rezeki untuk keluarga juga tidak boleh mengekalkan daya fokus dalam satu masa.

10. Maka kita terus menghukum pengadil tersebut sebagai tidak adil. Sedangkan jika kita teliti dan kaji semula jaringan melalui video atau medium lain, sesetengah pengkaji bersetuju atas keputusan tersebut dan sesetengahnya tidak bersetuju.

11. Namun apa yang perlu kita fahami, bukan keputusan pengadil tersebut yang kita perlu persoalkan. Beliau telah menjalankan tugas sebaik mungkin.

12. Kita pula hanya terlalu cepat untuk menghukum. Kita katakan pengadil tidak adil. Kita katakan pengadil menyebelahi pihak lawan. Kita katakan pelbagai perkara yang menghukum pengadil sedangkan kita tidak pun berada di tempat kejadian.

13. Sifat buruk seperti ini perlu diperbaiki.

14. Manusia memang sentiasa mempunyai kelemahan. Tidak kurang juga si penulis.

15. Dan manusia yang baik ialah mereka yang sentiasa memperbaiki kesilapan.

16. Tidak adil bagi diri kita jika kita masih bersikap sedemikian. Kita perlu sentiasa bermuhasabah diri atas apa yang telah kita lakukan.

17. Apa benar kita manusia yang sentiasa mahukan kebaikan dan keadilan jika kita sentiasa memberikan keburukan dan ketidakadilan kepada orang lain?

18. Kehidupan ini bersifat rantaian memberi dan menerima.

19. Dan kita tidak layak menerima jika kita tidak memberi.


Catatan,


No comments: