Tuesday 15 March 2011

Seharian Merentas Bandar

Hari yang agak memenatkan..

Walaupun dikurniakan hari yang kelas tidak penuh, tetapi disebabkan perlu menyelesaikan beberapa perkara yang sekian lama tertangguh, terpaksa mengerah tenaga untuk ke sana ke mari menyelesaikan perkara-perkara tersebut.

Antara perkara-perkara yang perlu diselesaikan:
  • buka buku akaun baru untuk simpanan
  • print dokumen penting
  • print gambar
  • renew RC (Resident Certificate)

Alhamdulillah kesemuanya telah berjaya diselesaikan. Namun apa yang menarik dapat disaksikan petang tadi, secara tiba-tiba sewaktu kami ingin pulang dari Pejabat Imigresen Korea, kami dikejutkan dengan bunyi siren. Orang ramai yang berada di luar dibawa masuk manakala kami yang di dalam tidak dibenarkan keluar.

Rupa-rupanya semua itu hanya latihan untuk menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan Korea Selatan dan negara jirannya Korea Utara masih lagi dalam situasi perang. Maksudnya Korea Selatan juga sebenarnya antara negara yang tidak selamat untuk diduduki!

Saya teringat perbualan kami dengan guru Bahasa Korea kami sewaktu beliau mengajar di dalam kelas. Ketika beliau sedang bercerita tentang hakikat sebenar Perang Korea, beliau berkata kepada kami, "Sebenarnya negara Korea masih di dalam keadaan perang, maknanya kerajaan kamu menghantar kamu ke negara yang masih berperang," Sehingga kini saya masih lagi menyimpan kata-kata tersebut dalam hati untuk peringatan. Biarpun ianya hanya sekadar gurauan pada waktu itu, tetapi biarlah dalam gurauan itu kita ambil apa yang penting sebagai persediaan untuk pelbagai kemungkinan.

Walau macam mana pun, kami semua selamat sampai pulang ke hostel kami. Semoga setiap urusan di hari-hari yang akan datang dapat dipermudahkan lagi. InsyaAllah.


Catatan,

No comments: