Tuesday 5 April 2011

Kata-kata

Sungguh, tiada yang lebih aku dambakan untuk keluarga bangsaku melainkan yang baik-baik. Komuniti yang baik, yang saling menolong, cekap dan amanah, jujur serta bertanggungjawab, dan yang paling penting berpegang teguh pada lumrah dirinya dan saling menasihati. Komuniti yang zahir kini hanya yang cantik luaran tetapi buruk dalamannya. Moga suatu hari nanti Allah anugerahkan komuniti yang disayangi rakan digeruni lawan.


Catatan,

Sunday 3 April 2011

Kata-kata

Gadis yang cantik hanya dapat dilihat melalui hati yang cantik..jika cantik hatinya, cantiklah seluruhnya..Allah Maha Adil..Jika dilahirkan dengan wajah yang tidak cantik, cantikkan hatimu..


Catatan,

Wednesday 30 March 2011

Kata-kata

Jika kau benar-benar inginkan kebenaran, kau sepatutnya perlu banyak bertanya kepada diri sendiri dan berusaha keras untuk menggapai kebenaran tersebut, hanya jika kau benar-benar ingin tahu dan masih hidup dalam kekerasan hati untuk menerima. Living in ignorance will never help. Kau yang menentukan hala tuju hidup kau. Itu keputusan kau. Aku hanya boleh membantu untuk kau berfikir.


Catatan,

Friday 18 March 2011

Kata-kata

I always love to respect people but I don't respect someone who don't even know how to respect


Catatan,

Kata Hikmah

For me to be an engineer is not to work only with the machine, but to work with the creator of the machine.


Catatan,

Tuesday 15 March 2011

Kata Hikmah

Di setiap tangan kanan orang Islam itu, mereka memegang resipi kekayaan. Sama ada mereka sedar atau tidak, cuma yang memilukan, ramai yang tidak menyedari.


Catatan,

Seharian Merentas Bandar

Hari yang agak memenatkan..

Walaupun dikurniakan hari yang kelas tidak penuh, tetapi disebabkan perlu menyelesaikan beberapa perkara yang sekian lama tertangguh, terpaksa mengerah tenaga untuk ke sana ke mari menyelesaikan perkara-perkara tersebut.

Antara perkara-perkara yang perlu diselesaikan:
  • buka buku akaun baru untuk simpanan
  • print dokumen penting
  • print gambar
  • renew RC (Resident Certificate)

Alhamdulillah kesemuanya telah berjaya diselesaikan. Namun apa yang menarik dapat disaksikan petang tadi, secara tiba-tiba sewaktu kami ingin pulang dari Pejabat Imigresen Korea, kami dikejutkan dengan bunyi siren. Orang ramai yang berada di luar dibawa masuk manakala kami yang di dalam tidak dibenarkan keluar.

Rupa-rupanya semua itu hanya latihan untuk menghadapi sebarang kemungkinan memandangkan Korea Selatan dan negara jirannya Korea Utara masih lagi dalam situasi perang. Maksudnya Korea Selatan juga sebenarnya antara negara yang tidak selamat untuk diduduki!

Saya teringat perbualan kami dengan guru Bahasa Korea kami sewaktu beliau mengajar di dalam kelas. Ketika beliau sedang bercerita tentang hakikat sebenar Perang Korea, beliau berkata kepada kami, "Sebenarnya negara Korea masih di dalam keadaan perang, maknanya kerajaan kamu menghantar kamu ke negara yang masih berperang," Sehingga kini saya masih lagi menyimpan kata-kata tersebut dalam hati untuk peringatan. Biarpun ianya hanya sekadar gurauan pada waktu itu, tetapi biarlah dalam gurauan itu kita ambil apa yang penting sebagai persediaan untuk pelbagai kemungkinan.

Walau macam mana pun, kami semua selamat sampai pulang ke hostel kami. Semoga setiap urusan di hari-hari yang akan datang dapat dipermudahkan lagi. InsyaAllah.


Catatan,

Sunday 13 March 2011

Suatu Permulaan


Bismillahirrahmanirrahim

Permulaan hikayat baru..

Dengan nama Allah yang Maha Agung

Bermulanya pelayaran Abu Abdullah

Pemerhati dan pencatat

Meneroka ombak lautan

Meredah halangan mendatang

Hanya dengan rasa lemah dan rendah diri

Moga Allah tunjukkan aku jalan

Bukan untuk diri sendiri dan saudara seIslam sahaja

Tetapi untuk seluruh manusia sejagat

Demikian berlayarlah si Abu Abdullah

Merentas dunia..



Catatan,